Menu
Kereta api TarikanPada mulanya kereta api ditarik kuda sehinggalah awal abad ke-19. Pada ketika itu engin wap digunakan. Pada 1920an, kereta api mula menggunakan diesel (sesetengahnya petrol), sehinggalah sekarang kereta api menggunakan tenaga elektrik. Pada 1970an kebanyakan negara telah mengganti kereta api wap untuk kegunaan harian. Hanya beberapa negara seperti China dan India masih menggunakan kereta api wap kerana sumber arang batunya yang murah dan banyak. Walau bagaimanapun kereta api jenis ini mula pupus. Kereta api bersejarah seperti ini masih digunakan di sesetengah negara sebagai salah satu daya tarikan pelancong.
Lokomotif moden menggunakan engin diesel dan/atau motor elektrik. Biasanya, engin diesel akan memberi kuasa kepada motor elektrik untuk memutarkan tayar, atau sesetengah engin diesel menghantar kuasa ke tayarnya melalui kaedah hidrolik. Pemindahan mekanik, seperti di dalam kereta, digunakan pada sesetengah kereta api dan engin pirauan ( shunting engine ). Walau bagaimanapun, kos pengendalian kereta api diesel adalah tinggi. Oleh itu, jika kereta api itu mempunyai lalu lintas atau orang ramai yang mencukupi, kereta api itu mungkin akan menggunakan kuasa elektrik. Ini adalah kerana kereta api elektrik lebih murah untuk dikendali dan mempunyai prestasi yang lebih tinggi daripada kereta api diesel.
Menu
Kereta api TarikanBerkaitan
Kereta Keretapi Tanah Melayu Kereta elektrik Kereta api Maglev Kereta Api Kunming–Singapura Kereta kebal tentera Jepun Kereta kebal M4 Sherman Kereta api Bukit Bendera Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura Kereta kebal di Kesatuan SovietRujukan
WikiPedia: Kereta api http://www.ktmb.com.my/